AHLAN WASAHLAN




Selamat datang ke Blog J-QAF Kuala Langat. Semoga dengan ada blog ini boleh menjadi wadah terbaik warga pendidikan j-QAF di seluruh pelusuk tanah air untuk Tabadul Ara' (berkongsi pandangan) bagi mengangkat pendidikan Islam ke tahap yang lebih cemerlang. Admin mengalukan-alukan sebarang saranan dan komen membina menambah baik blog ini pada masa akan datang.

Jurulatih Utama E-Pelaporan j-QAF

Jurulatih Utama E-Pelaporan j-QAF

Monday, March 18, 2013

Hayya Bilughatil Arabiah ( Papan Tanda )


Sekiranya mahu download : Slik Klik di gambar dan Klik Kanan " Save Image As " 































PANDUAN PELAKSANAAN MODEL-MODEL P&P, KOKURIKULUM & RANCANGAN TAHUNAN j-QAF


Adalah dimaklumkan bahawa Panduan Pelaksanaan bagi Model  P&P, Kokurikulum dan Rancangan Tahunan j-QAF boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:
PAI-JQAF - Kem Bestari Solat Tahun 4
PAI-JQAF-Panduan Pelaksanaan Model-Model P&P dan Kokurikulum j-QAF Tahun 4
PAI-JQAF-Panduan Pelaksanaan Model-Model P&P dan Kokurikulum j-QAF Tahun 6
PAI-JQAF-Panduan Pelaksanaan PI-j-QAF dan Rancangan Tahunan T4
PAI-JQAF-Panduan Pelaksanaan PI-j-QAF dan Rancangan Tahunan T1,T2 & T3
Sekian, terima kasih.
Sumber : Bahagian Pendidikan Islam


Download 





MAKLUMAT BILANGAN MURID,KELAS & GURU PENDIDIKAN ISLAM



Semua Pengetua & Guru Besar Sekolah-Sekolah Kebangsaan Negeri Selangor.
( Untuk perhatian : Ketua Panitia Pendidikan Islam SK/SJKT/SJKC. )
Dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam melalui Unit Pengurusan j-QAF dalam proses mengemas kini data terkini maklumat bilangan murid, kelas dan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah masing-masing.
Sehubungan dengan itu, mohon kepada Ketua Panitia setiap sekolah untuk mengisi dan melengkapkan melalui Borang Data Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah. Setiap borang yang telah dilengkapkan hendaklah di simpan (save as file) atas nama nombor kod sekolah dan nama sekolah.         Contoh : BBA8275 SK Taman Bukit Subang. (PPD PETALING PERDANA)
Borang yang telah lengkap perlulah dihantar ke alamat emeljqafselangor@gmail.com sebelum atau pada 11 MAC 2013. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan Ustaz Norazman bin Samid – Penolong Pengarah Kanan j-QAF, SPI  di talian 03-55124268.
Terima Kasih.

Sekitar Bengkel Simulasi Penghakiman Para Hakim MTQSS Daerah Kuala Langat 2013

Ustaz Ash'ari Jumingan Membimbing Permarkahan Hakim-Hakim Tilawah 

Ijtima' Penyelaras Hakim 

Helaian Senarai Nama Para Hakim 

Sekitar Mesyuarat AJK Induk Hakim MTQSS Daerah Kuala Langat 2013

Hakim-hakim bermuzakarah

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran


Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Sekolah, Daerah, Negeri Dan Kebangsaan Kali Ke-39, Tahun 2013 / 1434 H.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke-39 Tahun 2013/1434H.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran Takwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kali ke-39 Tahun 2013/1434H dan Senarai Ayat Tilawah al-Quran, Surah Hafazan dan Tajuk Bercerita Kisah Al-Quran. Bahan-bahan berkenaan boleh juga dicapai melalui laman web BPI (www.bpi.edu.my) atau klik[Bahan MTQSS 39].

Bahagian ini amat berbesar hati sekiranya pelaksanaan Majlis Tadarus Al-Quran di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat dilaksanakan mengikut takwim yang dilampirkan.

Semoga pelaksanaan MTQSS ke-39 pada tahun 2013 ini akan lebih memberikan impak kepada para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang yang berkaiatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...