AHLAN WASAHLAN




Selamat datang ke Blog J-QAF Kuala Langat. Semoga dengan ada blog ini boleh menjadi wadah terbaik warga pendidikan j-QAF di seluruh pelusuk tanah air untuk Tabadul Ara' (berkongsi pandangan) bagi mengangkat pendidikan Islam ke tahap yang lebih cemerlang. Admin mengalukan-alukan sebarang saranan dan komen membina menambah baik blog ini pada masa akan datang.

Jurulatih Utama E-Pelaporan j-QAF

Jurulatih Utama E-Pelaporan j-QAF

Monday, March 18, 2013

MAKLUMAT BILANGAN MURID,KELAS & GURU PENDIDIKAN ISLAM



Semua Pengetua & Guru Besar Sekolah-Sekolah Kebangsaan Negeri Selangor.
( Untuk perhatian : Ketua Panitia Pendidikan Islam SK/SJKT/SJKC. )
Dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam melalui Unit Pengurusan j-QAF dalam proses mengemas kini data terkini maklumat bilangan murid, kelas dan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah masing-masing.
Sehubungan dengan itu, mohon kepada Ketua Panitia setiap sekolah untuk mengisi dan melengkapkan melalui Borang Data Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah. Setiap borang yang telah dilengkapkan hendaklah di simpan (save as file) atas nama nombor kod sekolah dan nama sekolah.         Contoh : BBA8275 SK Taman Bukit Subang. (PPD PETALING PERDANA)
Borang yang telah lengkap perlulah dihantar ke alamat emeljqafselangor@gmail.com sebelum atau pada 11 MAC 2013. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan Ustaz Norazman bin Samid – Penolong Pengarah Kanan j-QAF, SPI  di talian 03-55124268.
Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...