Update Muat Turun



AHLAN WASAHLAN




Selamat datang ke Blog J-QAF Kuala Langat. Semoga dengan ada blog ini boleh menjadi wadah terbaik warga pendidikan j-QAF di seluruh pelusuk tanah air untuk Tabadul Ara' (berkongsi pandangan) bagi mengangkat pendidikan Islam ke tahap yang lebih cemerlang. Admin mengalukan-alukan sebarang saranan dan komen membina menambah baik blog ini pada masa akan datang.

Jurulatih Utama E-Pelaporan j-QAF

Jurulatih Utama E-Pelaporan j-QAF

Thursday, September 26, 2013

IBADAH KURBAN DI BUMI AMBIYA' DAN NEGARA ISLAM YANG MEMERLUKAN - ANJURAN IKRAM MALAYSIA

BERSEMPENA DENGAN IDULADHA DAN HAJI IKRAM MALAYSIA AKAN MENGANJURKAN IBADAH QURBAN DI PALESTIN , MESIR DAN SYIRIA. 

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI USTAZ ABDUL NAJAH @ EN. YUSRI DAHRUMI  @ TERUS MENYUMBANG KE AKAUN YANG TERTERA DI PAMPLETE. 

LAYAK MENDAPAT PELAPASAN CUKAI PENDAPATAN






KAITAN IBADAH KORBAN DENGAN IMAN
Definisi Dan Dalil Korban
Korban bermaksud menyembelih unta, lembu dan kambing dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah (swt).
Dalil mengenai korban terdapat dalam ayat suci al-Quran iaitu;
“Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu, dan sembelihlah korban.”
(Surah al-Kauthar: 2)
Hukum Korban
Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum korban sama ada ianya wajib atau sunat.
Menurut pandangan jumhur (majoriti) ulama iaitu Maliki, Syafi’i dan Hambali bahawa menyembelih korban pada Hari Raya Aidil Adha adalah sunat muakkad (sunah yang sangat dituntut). Sementara itu, menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Al-Auza’i, Laits dan Ibn Taymiyyah (rh) mengatakan hukum korban adalah wajib ke atas mereka yang berkemampuan. Di bawah ini adalah dalil yang dipegang oleh kedua kumpulan ini.
1.   Di antara dalil yang dipegang oleh jumhur ulama yang mengatakan korban adalah sunat muakkad ialah hadis berikut:-
“Jika masuk sepuluh hari pertama Zulhijjah dan salah seorang dari kamu  mahu berkorban, maka jangan mencukur sedikitpun dari  rambut dan kukunya.” (HR Al-Jamaah kecuali Bukhari)
Dalam hadis ini dikaitkan dengan keinginan/kemahuan dan ia dianggap tidak wajib.  Selain dari itu, terdapat riwayat bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar (ra) meninggalkan korban dengan sengaja pada sebahagian tahun dan ini menunjukkan ia tidak wajib.
2.   Di antara dalil yang dipegang oleh mazhab Hanafi yang mengatakan korban adalah wajib adalah dari surah al-Kauthar ayat 2 di atas dan hadis berikut:-
Dari Abu Hurairah (ra), Rasulullah (saw) bersabda;
“Sesiapa yang mempunyai kemampuan, lalu ia tidak berkorban, maka  jangan dia menghampiri tempat solat kami. (HR Ahmad dan Ibn Maajah. Hadis ini mauquf yang dihukum marfu’)
Ulama Hanafi mengatakan perintah mengerjakan solat dan menyembelih korban dalam surah al-Kauthar adalah sama status wajibnya. Sementara itu, tegahan yang terdapat dalam hadis di atas menunjukkan korban adalah wajib.
Haiwan Untuk Korban & Pembahagiannya
Asal haiwan untuk korban hendaklah dari haiwan ternak iaitu unta, lembu dan kambing seperti yang telah sabit dari sumber hadis Rasulullah (saw) dan ayat suci al-Quran. Sebahagian ulama membolehkan berkorban dengan kuda belang, lembu hutan dan kijang. Selain dari haiwan ini tidak dibolehkan.
Pembahagian yang telah ditetapkan oleh syariah ialah kambing untuk satu orang dan unta atau lembu untuk tujuh (7) orang yakni tujuh bahagian.
Jenis Korban
Para ulama membahagikan korban kepada 2 jenis iaitu korban wajib dan korban sunat.
1.   Korban Wajib
Terdapat tiga perkara menyebabkan korban menjadi wajib seperti berikut:-
1.             Korban menjadi wajib disebabkan nazar dengan mengatakan “kerana ALLAH wajib ke atas diriku korban seekor kambing” atau “aku jadikan kambing ini sebagai korban” dan seumpamanya.
2.             Korban juga menjadi wajib kepada sesorang yang tidak wajib korban seperti orang fakir dengan cara dia membeli haiwan untuk niat korban. Ini kerana setiap pembelian dengan niat korban dikira melakukan saluran menjadikannya sebagai wajib. Pada ‘uruf perbuatan ini dikira sebagai satu nazar untuk korban.
3.             Korban menjadi wajib bagi orang kaya kerana ia berkemampuan. Ia bukannya disebabkan dua perkara yang di atas.  Kewajipan ini disebabkan orang kaya dituntut melakukannya sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat ALLAH (swt) dan menghidupkan sunah Nabi Ibrahim (as).
2.   Korban Sunat
Korban sunat ialah korban seorang yang musafir atau orang fakir yang tidak bernazar untuk berkorban atau tidak membeli haiwan dengan niat korban.  Ia dikira sebagai sunat kerana tidak mempunyai sebab atau syarat menjadikannya wajib.
Jenis Dan Umur Haiwan Korban
Bagi haiwan unta hendaklah berumur 5 tahun, lembu berumur 2 tahun dan kambing berumur 6 bulan.  Bagi unta dan lembu hanya perlu diambil satu daripada tujuh bahagian. Syarat sah korban hendaklah haiwan korban itu tidak mempunyai kecacatan dan sembelihan korban hendaklah dilaksanakan dalam waktu yang ditentukan.
Waktu Penyembelihan Korban
Waktu penyembelihan bermula dari selepas solat Hari Raya Adha (10 Zulhijjah) sehingga berakhirnya hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) seperti yang diriwayatkan dalam Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Hukum Daging Korban
Maksud dan tujuan korban terlaksana dengan mengalirkan darah haiwan tersebut. (Mughni al-Muhtaj).
Jumhur fuqaha mengatakan bahawa korban yang dilakukan secara sukarela (sunat) harus dimakan, tetapi jika ia korban nazar atau wajib melalui pembelian, maka ia haram dimakan. Demikian juga haiwan yang dikongsi seramai tujuh orang dan seorang daripadanya berniat menqadhakan korbannya (korban wajib) yang telah lepas, maka haram dimakan (oleh orang yang bernazar itu sahaja).
Bagi korban nazar yang dikongsi bersama dengan 6 bahagian yang lain. Menurut mazhab as-Syafi’i, seseorang itu tidak boleh makan untuk bahagiannya sahaja. Enam bahagian lain tidak terlibat. Hanya orang yang bernazar sahaja yang tidak boleh makan dagingnya tetapi orang lain disekelilingnya boleh makan termasuk ahli keluargany
Larangan memakan daging korban yang dinazarkan adalah kerana ia telah menjadi sedekah dan seseorang itu tidak boleh makan sedekahnya. Ini adalah secara umum, kerana terdapat perbezaan pandangan berkaitan korban yang dinazarkan.  Berkaitan dengan nazar yang dibuat secara umum di mana seseorang itu bernazar untuk tidak memberikannya secara khusus kepada orang faqir miskin – sama ada secara lisan atau dengan niat – ia dibolehkan dimakan menurut mazhab Maliki dan sebahagian ulama Syafi’i. (Mawsu’ah al-Fiqhiyyah).
Disyariatkan bagi orang yang melakukan korban memakan dagingnya, menghadiahkan (kepada sesiapa yang dikehendaki walaupun orang kaya) dan menyedekahkan kepada fakir miskin. Ini berdasarkan firman Allah (swt) yang maksudnya:
“ ..Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj:28)
“.. Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.”(Al-Hajj:36)
Para fuqaha (rh) berbeza pendapat mengenai jumlah yang harus dimakan, dihadiahkan dan disedekahkan.  Perkara ini adalah luas, tetapi cara pembahagian yang terbaik adalah 1/3 dimakan sendiri, 1/3 dihadiahkan dan 1/3 disedeqahkan. Ini adalah pendapat Ibn Masud dan Ibn Umar (ra) yang disebut dalam al-Wazaif. Bahagian yang boleh dimakan boleh disimpan selama yang diinginkan selagi tidak rosak seperti hadis Rasulullah (saw) maksudnya;
“Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (HR Muslim)
Kebenaran memakan dan mengagihkan daging korban tidak ada perbezaan di antara korban sunat atau wajib, yang dilakukan bagi pihak orang yang hidup atau meninggal dunia dan dalam melaksanakan wasiat.
Haram hukumnya menjual mana-mana anggota haiwan korban, sama ada dagingnya atau lain-lain bahagian termasuk kulit. Orang yang menyembelih korban tidak boleh mengambil mana-mana bahagian haiwan korban sebagai maksud upah di atas kerjanya kerana ia seumpama menjualnya. Terdapat hadis Nabi (saw) yang melarang hal ini. Jika hendak dibayar upahnya, hendaklah dari sumber dan cara yang lain. Dibolehkan jika seseorang itu memberikan kepada orang yang menyembelih dengan niat sebagai hadiah atau sedekah di atas kemiskinannya.
Sekian. Wallahu’alam.

Monday, September 23, 2013

DOWNLOAD SOALAN PAT PENDIDIKAN ISLAM BAGI SK DAN SJK 2013


SILA "DOWNLOAD" SOALAN PKSR PAT PENDIDIKAN ISLAM SK DAN SJK TAHAP 1 DAN TAHAP 2 ( 1-6)  
DI LINK YANG TERSEDIAKAN DI BAWAH - SOALAN YANG DISEDIAKAN INI ADALAH SET SOALAN TERBARU DAERAH KUALA LANGAT . SET INI MENPUNYAI PASSWORD : SILA HUBUNGI USTAZ ABD. NAJAH DI TALIAN : 019-6507755





DOWNLOAD BAHAN KURSUS ORIENTASI DSKP BAHASA ARAB TAHUN 4 2014


SILA "DOWNLOAD" BAHAN KURSUS ORIENTASI DSKP  KSSR BAHASA ARAB TAHUN 4 2014 . BAHAN-BAHAN TERSEBUT ADALAH. DOKUMEN STANDARD KANDUNGAN  DAN PENTAKSIRAN (DSKP).


LINK MUAT TURUN 

Sunday, September 22, 2013

JADUAL KURSUS ORIENTASI DSKP KSSR BAHASA ARAB TAHUN 4 2014


SILA DOWNLOAD - SAVE IMAGE AS





SURAT PENGGILAN KURSUS ORIENTASI BAHASA ARAB KSSR TAHUN 4 2014 - TAMBAHAN


KEHADIRAN GURU ADALAH WAJIB DAN GURU YANG TERLIBAT DENGAN KURSUS PENYEBARAN PADA KURSUS YANG PERTAMA SANGAT DIUTAMAKAN .


WAJIB MEMBAWA KOMPUTER



BAHASA ARAB KSSR TAHUN 4 2014 - APA YANG PERLU BERUBAH!!!




APA YANG PERLU BERUBAH!!!
APA YANG BERUBAH !!!

SUDAH PASTI PELAKSANAAN KSSR BAHASA ARAB TAHUN 4 2014 AKAN MELALUI PERUBAHAN TOTAL DARI SUDUT PENTAKSIRAN YANG BAKAL MENGEMBIRAKAN PARA GURU DALAM PELAKSANAKAN PBS DI SEKOLAH.

OVERVIEW PERUBAHAN KSSR B. ARAB TAHUN 4 2014

1. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM AKAN BERGABUNG DENGAN PENTAKSIRAN MELAHIRKAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN.

2. TIADA LAGI 2 DOKUMEN BERBEZA UNTUK RUJUKAN PDP

3. TIADA LAGI DOKUMEN STANDARD PRESTASI.

4. URUSAN PENTAKSIRAN FORMATIF DI BAWAH KELOLAAN BPK BUKAN LAGI LPM

5. TIADA LAGI FAIL MURID DAN GURU

6. TIADA LAGI FAIL SHOWCASE

7. TIADA LAGI BILIK  MENYIMPAN FAIL SHOWCASE ATAU MURID 

8. TIADA LAGI PENTASIRAN PBS BERASASKAN ONLINE. 


HANYA SATU SISTEM.....YANG BOLEH DIBUAT DIMANA-MANA TANPA KEKANGAN MASA


9.............. SEMUA DALAM KURSUS NANTI .....


HADIRLAH ....

Friday, September 20, 2013

KURSUS ORIENTASI DSKP KSSR BAHASA ARAB TAHUN 4 ZON TENGAH BAGI JURULATIH UTAMA NEGERI


KURSUS ORIENTASI KSSR B.ARAB TAHUN 4 BAGI JU-JU NEGERI ZON TENGAH TELAH DI ADAKAN DI HOTEL TOWER REGENCY IPOH PERAK . KURSUS YANG MENTRANSFORMASIKAN SISTEM PBS YANG SEDIA ADA. KUALA LANGAT DI WAKILI OLEH -

UST. MOHD SHARULAZAM BIN HJ. IBRAHIM ( SK SUNGAI JUDAH ) DAN 
UST. NAJIB BIN MANAF ( SK MORIB ) . 


Penerangan daripada Ust. Mior Shazril Tentang DSKP


JU-JU Negeri Zon Tengah

SEKITAR MENSYUARAT KEM LITERASI AL-QURAN DAN KBJ - FINAL TOUCH U


USTAZ NAJAH MEMBERI UCAPAN


Monday, September 16, 2013

MESYUARAT AJK KEM LITERASI AL-QURAN DAN KEM BINA JUARA 2013 KALI KE - 2

SURAT


SENARAI AJK


AHLAN WASAHLAN KEPADA GURU j-QAF BAHARU AMBILAN 2013 KE PPD KUALA LANGAT




SEBILANGAN DARIPADA GURU BAHARU j-QAF AMBILAN 2013 AKAN BERPOSTING DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH PPD KUALA LANGAT PADA 17.9.2013 . j-QAF DAERAH KUALA LANGAT INGIN MENGUCAPKAN AHLAN WASAHLAN SEMOGA DAPAT BERKHIDMAT DENGAN JAYANYA BERTEPATAN DENGAN SLOGAN j-QAF : j-QAF TANPA GAGAL 

JOM KIRA DETIK PROGRAM j-QAF BULAN SEPTEMBER DAN OKTOBER

3 PROGRAM BESAR j-QAF DAERAH K.LANGAT AKAN BERLANGSUNG DI BULAN SEPTEMBER. 

1. KURSUS ORIENTASI DSKP KSSR BAHASA ARAB TAHUN 4 2013 - 24.9.2013
JURULATIH UTAMA : USTAZ MOHD SHARULAZAM BIN HJ. IBRAHIM
USTAZ NAJIB BIN MANAF 

2. KEM LITERASI AL-QURAN DAN KEM BINA JUARA 2013 - 1.10.2013

Screenshot 

PERTUKARAN TAGLINE KPM

KPM  TELAH MENUKAR SECARA RASMI NAMA KEMENTERIAN DARI - PELAJARAN KEPADA PENDIDIKAN - INI BERMAKNA NAMA LAMA KEMENTERIAN YANG DIUBAH DARI TAHUN 2004 TELAH DIGUNA KEMBALI. 

SCREENSHOT LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YANG BARU 


Thursday, September 12, 2013

SEKITAR - MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB DAERAH KUALA LANGAT KALI KE - 2



MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB DAERAH KUALA LANGAT KALI KE - 2 
TEMPAT : SK KG. MEDAN
TARIKH : 9.9 2013
MASA : 3.00 - 5.00 PTG 


Ustaz Najah dan Tuan Shafie ( GB SK Kg. Medan )






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...